klik saya

Sunday, May 27, 2012

OMG

salam...
berblogging ni kan...makin lama ditinggal kan, makin susah untuk dimulakan kembali. semacam berpuasa juga, setelah 11 bulan kita makan macam-macam, bila tetiba hari pertama berpuasa, mesti keletihan yang melampau dan dugaan yang maha hebat...seperti encik suami saya yang cuba berpuasa di bulan rejab dan mendapati dirinya pening dari pagi sehingga ke maghrib tetapi pening itu berlalu tatkala nasi goreng memenuhi ruang perut. syabassss!

itulah guna nya bulan rejab dan syaaban...bulan untuk berlatih. sesungguhnya tiada amalan khusus yang dilakukan Rasulullah di dalam bulan rejab mahupun syaaban. oleh itu jangan lah kita berniat untuk mendapat sekian ganjaran andai kita berpuasa di bulan rejab...tetapi pahala itu pasti.

saya tak perasan anak-anak sudah membesar. hanya tetiba...eh, dah ketat baju ni dengan Rayyan... atau eh, adik dah muat baju ni! dan adik adel juga (maksudnya adel di sini...bukan adik kepada adel ye! nk gi pakai perancang asik tak jadi je!) sudah memanjat! nampaknya Adel skip untuk merangkak. dari menyulur, terus duduk dan memanjat. ape ape lah nak....mummy tak paksa. nak jalan jalan je... masanya akan tiba nanti. dan awas, bila dia cuba berdiri dan menggunkakan badan anda untuk berpaut, dia akan menggunakan giginya sebagai tambahan kepada tangan! sakit woooooo

hari ni saya buat puding roti sebagai sarapan dan makan tengahari di rumah jiran serta makan malam di kedai mamak. haishhh.

kalau datang angin rajin, buat kek le pulak....dengar2nya Raibow cake ni mahal kat pasaran...kurang-kurangnya rm100 ke atas. nak murah tempah dengan saya ye....heheh tetibe. buat untuk anak-dan anak dan suami sudah...

 eh, gambar lama nak menyelit. series lama dah ni....adel pun kicik lagi. sebenarnya saya ada satu masalah bab gambar ni...tu sebab tak upload gambar. kaedahnya lappy ni dah running out of space... jadinya tak dapek la nak save gambar2 dalam kemere tuh. tengok gambar kat atas, gigih bapaknya pegang anak takut hilang!

bila hujung minggu masa dihabiskan dirumah...boleh menikmati indahnya perasaan punya anak-anak dan suami. tapi tak lari dari menjadi tarzan juga. hari ni terpaksa tutup tingkap sebab takut jiran yang sedang kenduri dirumah bawah terdengar jeritan tarzan mak memanggil anak yang kerjanya tabur mainan kat hall di samping menyakat si adik.

ok lah. doakan saya rajin update. babai kawan-kawan...selamat berhujung minggu.

Sunday, May 20, 2012

blog oh blog

selamat malam semua
ceh macam dah nak tidur je kan...baru jam 12.37 pagi. tadi jenuh scroll up and down nak cari tang mana nak buat new post ni. sekali kene tekan gambar pensel rupenye. kesian aku tatau. eh, kampung nya sebut tekan, ok klik. hahahhahahhaaa bandar lah sangat. ok bulan 6 nak nak balik kg...weeehuuuuuu bestnya. siap ambik cuti jumaat tu.
sekarang panas betul kan...rasa rimas yang amat. balik kerja terutamanya...panas membahang. silau pandangan bila drive. dengan baju kurung nya rimas rimas rimas. kan bagus kalau boleh pergi kerja pakai seluar track je.
hari ni sehari suntuk kami duduk melepak di rumah. tak buat ape ape. ye lah minggu lepas dah ke Tiara, PD, minggu ni dah tak de duit lepak kat umah je lah ye suami dan anak anak sekalian...

ok lah. nak gi mandi. babai...

Friday, May 11, 2012

bunyi binatang

daddy: Abang Rayyan, macam mana bunyi kucing?
Rayyan: meowwwwww
daddy: frog?
Rayyan: ong ong ong...jump jump jump
daddy: lembu?
Rayyan: moooooooooo
segala macam bunyi bagai. tetibe:
daddy: semut?
rayyan: emmm...enjit enjit semut sape sakit naik atash

haaa kau. sape kate semut tak de bunyi???

Friday, May 4, 2012

alamak aku jakun!

eyh eyh
kenapakah sudah berlainan gaya dashboard blogspot ini? berpeluh kejap nak cari kat mana nak post new post. hahahaha...kesiannnnn... nampak benar lamanya tak update!
anak anak dan suami sudah check in kat bilik. sebelum check in suami buatkan air horlicks dan bagi epal sebiji...pesanannya 'sayang online lah...abg tidur dulu'. uhhh heaven.

petang tadi ada cerita sentap. tapi malas lah nak share...ngengada kan... bukan ape...kang ada yang baca yang terkene kang ada lak orang lain yang sentap! tapi sampai sekarang masih terasa tau. susah bila dekat dekat ni, makin banyak yang tak bestnya...i'm not talking about my husband ok...

hmmmm...ape ye nak sembang? haaaa...nak cerita pasal pengasuh adel lah. pengasuh ni ok...dah tua la kira pangkat mak mak lah kalau dengan kite...dengan adel kira pangkat nenek lah. panggil pun nenek ani. makcik ni jaga ok, nak kata bersih sangat tip top tu tak lah, tapi ok lah... anak aku balik dengan hidung berkerak tu dah perkara biasa...ntah nasi dari pukul berapa tak pasti. tapi yang macam aku rasa tak best ialah nasi bekal aku bagi memang tak pernah habis. even bagi sesenduk bubur pun tetap tak habis. dia macam malas nak menyuap. susu pun sama...mula mula dulu aku tinggal 5 bekas x 3oz. pastu asyik berbaki jer, aku kurang kan ke 4. berbaki lagi...sudahnya sekarang bagi 2 bekas jer. habis lah. tak pe lah sebab adel makan bubur, tapi sekarang bubur pun asyik lah bersisa...was was lak...lapar ke anak aku sepeninggalan aku ke ofis? haishhhh naik sesak kepala memikir!

sudah lah...meh kite sembang pasal lain lak. tadi sebelum tidur, encik suami mengeluh kereta tua dia asyiklah buat hal. tadi 2 kali mati enjin kat traffic light. ye lah kereta tu dah tua benar...dah uzur..memang segala penyakit lah datang. tiap tiap hari dok berzikir kat telinga aku kata nak beli motor, nak gi kerja dengan motor. memang jawapan dia tak lah kan...tak sanggup dah aku. sekali eksiden dulu dah la...cukup lah tu. aku bagi syarat, kalau nak kerja naik moto, kene kerja luar dari Pulau Indah tu. baru aku akan kata yes. kalau tak, jangan harap. rayuan tak dilayan ok. tapi aku pun risau juga memikirkan kereta tua tu. cis. saje je nak menambah koleksi masalah. asal gaji naik je, ada je benda nak mintak perhatian. abis bila saving nak bertambah?????

ok lah, ada masa aku sembang lagi. nak tepek gambar ape ye? jap aku cari...

ok, gemuk. fine....
tapi sekaramg dah kurus tau. maklumlah dah 15 hari ganti puasa. ada lagi 14 hari.... dah nak masuk rejab ni. boleh la pulun puasa. till then...daaaaa

Saturday, April 14, 2012

adel 9 bulan

pejam celik pejam celik sekejap je dah nak 9 bulan dah adik.
sekarang dah pandai babai. comel jer babai. mmmuaaahhh pun pandai juga. bunyi je lebih kadang tangan tak bergerak. kalau tido nak berkepit je dengan mummy...anak bf mcm ni lah.

daddy selalu cakap adel mukanya fotostat mummy...ntah lah. saya tengok tak de ikut sape pun. hehe.
adel punya rutin hari2 bangun kul 6...naik walker keliling rumah sementara mummy dan daddy bersiap pergi kerja. mulut bebel bebel...

Sunday, April 8, 2012

lirik lagu ciptaan Rayyan

petang tadi Rayyan pow daddy dia belikan gitar mainan.
setaip hari pun nak beli mainan. tapi alasan dia biasanya 'kesian abang ayann lapar...nak gi kedai...nak beli pisang'. banyak la dia punya pisang, sampai kedai pisang ke mana

balik rumah, dia duduk bersandar kat sofa; nanyi macam ni (sambil petik gitar)

"Adelya Nur Rasul......
mummy ada..............
daddy ada...............
abang ada................
ulat gonggok ada................"

owh so creatif anak mummy...mummy geli buah pinggang

Saturday, April 7, 2012

hujung minggu

salam...
setiap minggu, hari sabtu dengan ahad dalah paling best kan? tempat kedua best adalah jumaat sebab lunch hour lama...habis mall tawaf.

hari ni tak tahu nak pergi mana. minggu lepas dah pergi cameron highlands, rasa macam baru je pergi..tapi sebenarnya dah nak dekat setahun. hari ni antara termasuk dalam jadual ialah nak pergi tengok anak sedara baru. sekarang ni Rayyan dengan daddy pergi potong rambut...mummy kat rumah lipat kain (padahal dok surfing). Rayyan sekarang asyiklah membuli adik. tengok si adik pun mcm dah tak kesah. setakat kene ketuk tu biasa dah. tapi dia pujuk balik si adik, suap roti lah, suap air lah... geram rasa. nak marah pun budak lagi.

eh, ok lah. gtg. babai.

Wednesday, April 4, 2012

trying hard

to;
lipat kain
kemas rumah

penatnye.............................................................

Thursday, March 29, 2012

sekian lama tak berdating...seronoknya

salam...
tenggelam timbul je ahkak ni kan?
biasalah...orang berkerjaya. haktuih..

hari ni kekdahnya berdating dengan cik abang...setelah sekian lama almost 3 years tak pernah keluar berdua, hari ni saje je amik cuti dan tinggalkan anak-anak seperti biasa. kami ke KL. seronok wa cakap lu..... rasa macam muda kembali, macam zaman bercinta2 dulu lak...jalan pegang2 tangan. hahahahahahahaha sangat remaja ai ok....

tapi kekdahnya sepanjang berjalan, asyiklah bercakap pasal anak...rayyan ni mesti suka ni...rayyan hari tu macam ni....adel ni semalam dia....adel itu ini... hati tetap pada anak. masa nak kuar tu rasa macam nak patah balik amik anak dah...tapi cuba cekalkan hati. ceeewah siap cekalkan hati tu

ok, tadi saya sudah buat ic baru. anda bagaimana????
tapi siapnya lambat lagi...maybe 2 ke 3 bulan lagi sebab ada maalah dengan sistem.

ok lah babai. asssalamualaikummmmm

Saturday, February 25, 2012

gambar kahwin Ana Rafali & Naim

sekitar majlis perkahwinan Ana Rafali dengan pasangannya Ahmad Aznaim di Masjid Alhidayah, Taman Melawati, Selangor.























naim tu kalau ikat rambut kemas sikit kot. mamat ni selambe je pakai kasut sekolah kat majlis dia. hish hish memang sempoi. jangan marah ye naim.

majlis yang ringkas...yang penting semua saudara mara dapat berkumpul.
semoga berbahagia.

Sunday, January 29, 2012

ok saya update...sila baca panjang berjela

assalamualaikum

lamanya kan? rasa nak lempang diri sendiri bila bukak mata tengok jam 5 pagi. rasa baru baring jam 11 malam dengan niat sahaja aku update blog malam ni... serius, walau berkerjaya ala ala jer, tapi penat tu tak tau lah nak describe macam mana. kerja kat ofis bukan ada sangat pun...tapi bila mata kene bukak jam 5 pagi, 6.30 pagi keluar rumah dah berjammed, malam pun macam tu juga lah. biasanya sampai rumah pun dah 9.30malam.

eh, kejap. baru update terus dimulai dengan keluhan????? owh alangkah tidak baiknya. ok kite tukar topik. ape kabar anda semua (bajet ramai)? saya betul2 berhajat mahu blogwalking pelan-pelan macam kura-kura, tapi tak dapek. biasanya BW macam kene kejar anjing. so no comment leave. kesian saya kan? cerita pun dah berfail fail gambar, juga tak dapat nak update. kesian lagi sekali.

meh saya cite pasal ADELYA.
si mumuks bam bam mummy ni dah 6 bulan lebey. dah start makan dari last week. masih lagi exclusively breastfeeding. alhamdulillah ya Allah. Dia makbulkan doa dan harapan saya. so sekarang saya sudah diploma bf! yea!!!!! makan pulak Adel tak semangat sangat. makan ala ala jer. ada mood dia makan banyak, ada tu katup mulut rapat rapat tak kasi masuk sudu. haip.
last month berat dia 7.5kg jer. masuk 6 bulan ni tak tahu lagi berapa. minggu depan lah gi timbang. hari ni Adel pakai baju belang belang dengan seluar polka dot. comelnya. cuba mummy pakai pesen macam tu? ada berani daddy nak jalan sebelah??? rambut adel pun dah panjang. mummy dah trim rambutnya hari ni.

RAYYAN:
banyak cakap sampai kadang kadang tak paham dia bercerita pasal ape. suka sangat lah bertanya itu ini sampai kite kehabisan jawapan. bila dia tengok kite blur tak de jawapan, di gelakkan kite. nampak sangat suka menyakat. suka tanya ni ape? tu ape? kat mana? sape? dah jawab tanya lagi ape. ape. ape. hish.... abang yang kedekut. buat masa ni masih kedekut dengan adik. barang dia memang tak leh share. mainan adik ada satu jer. yang lain semua 'abang punya'. masih marah bila adik masukkan mainan dalam mulut. siap bagi arahan 'no no no jangan masyuk mulut. pegang saje. goncang saje!' marah dia pada adik. adik lak pantang nampak abang, mengekek ngekek ketawa. suka sangat dengan abang dia. abang tak buat pape pun, sekadar jalan je depan dia pun dia boleh bantai gelak. memang clown no 1 di hati adik lah.

MUMMY n DADDY:
masih seperti biasa...hehehe

last week kami menyebok dengan orang nak sambut CNY. kami ke penang. ingatkan jam, tapi sebenarnya tidak pun...ok ok je jalan kat sana. dah lama tak kembali ke sana. sebagai pengubat rindu, terimalah gambar ni... ditempat yang sama saya dan suami ambil gambar 1st time dating 6 tahun dahulu! kali ni kembali bukan bertiga tetapi berempat!


till then, daaa...

Wednesday, January 11, 2012

rindu

ya Allah...kebizian lantas kepenatan melanda diriku...

esok nak bawa bekal burger dengan spaghetti carbonara lah gi ofis.

Saturday, December 10, 2011

kerja

esok sabtu keje 8am - 5 pm
nasib dibayar OT
ahad pun diarahkan kerja
isnin pun diarahkan kerja walau selangor cuti umum
tapi saya balik kampung sabtu malam sampai isnin. cuti lulus. macam pelikkkan dah hari cuti tapi masih kene mintak cuti.
selasa rabu kerja kat Kuang. jauh tuuu kwang kwang kwang.
khamis jumaat kat sekolah teknik shah alam.

seronok mencari rezeki.
semalam gaji masuk rm400 rasa macam dapat 4k. hahahaha
dah lama tak pegang duit sendiri!

Monday, December 5, 2011

sudah tengok OMBAK RINDU




salam pagi isnin yang mungkin blues bagi sesetangah orang. saya ok ok saje. duduk di rumah bersama anak anak adalah membahagiakan (dan menaikkan darah juga. hahahaha).

berjaya akhirnya...
menonton Ombak rindu di GSC. petang sabtu bersamaan hari kedua tayangan.
sinopsisnya tak payah la rasanya diceritakan. dah sejibik sejibon follow novel. sebenarnya adalah tak best juga tengok cerita yang dah tahu ending. heheheheh

tapi ok jer...layan jer...sambil dodoi Adel kat pintu belakang. sepatutnya seat dapat diskaun sebab duduk sekejap saja.

memula tu Adel layan jugak. bulat mata dia tengok TV besar (bak kata Rayyan).

Rayyan ajak tengok TV besar lagi hari ni...

...tak sempat nak amik gambar anak anak dengan Aaron Aziz, Maya karin dan Lisa Surihani kat depan GSC.

Friday, December 2, 2011

adik dan susunya



adik adalah perempuan
yang mana dia hanya consume susu dalam jumlah yang tidak sebanyak abangnya.
jadi setiap hari saya bekalkan dia dengan 4 bekas x 3oz.
dan setiap hari mesti ada lebih 1 bekas. walau pun sudah tahu ada lebihan setiap hari, tetapi saya tetap bagi 4 bekas sebab takut tetibe adik nak minum lebih.
jadi setiap pagi saya bangun jam 5 pagi dan mengepam dan perlu mendapatkan sekurang2nya 2 bekas x 3oz.
jadi 2 bekas ditandakan dengan nombor 1 dan 4. dua bekas lagi dari stock ditandakan dengan no. 2 dan 3.
di rumah pengasuh, pengasuh memberi susu mengikut turutan nombor.
iaitu 1,2,3, dan 4. iaitu susu fresh, susu beku, susu beku dan susu fresh.
biasanya susu no 4 tidak digunakan dan di bawa ke esokan harinya dan ditandakan sebagai nombor 2.
jadi pada hari seterusnya adik akan minum 1=susu fresh (diperah pagi), 2= susu yang diperah pagi semalam (tidak melalui proses pembekuan), 3= susu beku dari stok dan 4=susu fresh (yang biasanya tidak digunakan dan akan dibawa ke esokan harinya pula...).



stock susu tidaklah banyak. cuma saya pastikan kalau saya keluarkan 2 bekas, saya harus gantikan dengan sekurang2 nya 2 bekas juga.



yang ni....sudah expired. stok masa dalam pantang. sudah dilupuskan.

semoga saya kuat untuk bf.... chaiyokkk! jgn gagal lagi.